Forge | Siapkan Produk Digital Pertama Anda Hujung Minggu Ini | PandaiTech
Penyelesaian pantas untuk produk digital pertama anda

Siapkan 1 produk digital daripada kepakaran anda, hujung minggu ini.

Tak payah pening nak tulis e-book atau rakam video kursus. Forge adalah satu CustomGPT khas yang akan tolong anda bina Custom GPT dan Gemini Gems anda sendiri. Anda cuma perlu copy-paste, dan terus mula menjual.

Bayaran sekali sahaja · Akses serta-merta · Untuk ChatGPT & Gemini
Poster pengumuman Forge dengan panel sembang AI dan aliran Idea, SOP, GPT atau Gem, dan Offer.
1,000+pelanggan berbayar limaulabs.comproduk pertama kami 2024dilancarkan Pasukan yang samamembina Forge

Tengok dulu

Apa sebenarnya Forge ni?

Masalahnya

Pening fikir nak jual produk digital apa?

Ramai orang nak buat side income jual produk digital. Tapi selalunya tersangkut sebab:

  1. Nak buat sistem / perisian perlukan kepakaran koding.
  2. Nak buat e-book ambil masa berminggu-minggu nak menulis.
  3. Nak buat kursus video (online course) perlukan kamera, editing, dan masa yang lama.
Kenalkan Forge

AI yang tolong anda bina AI.

Jangan buang masa berminggu-minggu. Forge memudahkannya.

Forge ialah “GPT untuk bina GPT”. Ia akan berinteraksi dengan anda, kumpulkan idea anda, dan tolong tuliskan arahan (system instructions) yang lengkap. Anda cuma perlu tampal (paste) arahan tersebut di ChatGPT atau Gemini, dan siap.

Poster proses lima langkah: Idea, SOP, GPT, Offer, dan Launch.
Bukti kami

Kenapa kami cipta Forge?

Sebelum Forge wujud, pasukan kami telah melancarkan sebuah CustomGPT untuk pasaran tempatan di bawah jenama limaulabs.com.

Tanpa kami sangka, produk tersebut berjaya mendapat lebih 1,000 pelanggan berbayar. Apa yang lebih mengejutkan, pelanggan sangat menyukainya dan terus menggunakannya setiap hari walaupun selepas berbulan-bulan.

Dari pengalaman ini, kami sedar satu perkara: permintaan untuk CustomGPT yang berkualiti sangat tinggi. Jadi, kami kumpulkan semua teknik, prompt, dan rahsia kejayaan kami di LimauLabs, lalu kami hasilkan Forge. Kami mahu berikan anda alat yang sama supaya anda juga boleh bina dan jual GPT anda sendiri yang terbukti menjadi.

Maklum balas pengguna

Apa kata pengguna Forge.

Screenshot WhatsApp: maklum balas positif pengguna Forge.
Screenshot WhatsApp: maklum balas positif pengguna Forge.
Poster bundle yang menunjukkan tiga aset: Forge, Offer Builder, dan Playbook.
Apa yang anda akan dapat

Semua yang anda perlukan untuk mula membina.

🤖

Forge

Ini adalah ‘enjin’ utamanya. Sebuah GPT yang direka khusus untuk membantu anda membina GPT atau Gemini Gems yang lain. Ia adalah pembantu peribadi anda untuk mencipta produk AI.

Custom GPT
📦

Grand Slam Offer Builder

Anda dah siap bina produk digital, tapi macam mana nak pakejkannya? GPT kedua ini akan tolong anda hasilkan struktur tawaran (offer) dan cara memakejkan produk anda supaya ia kelihatan jauh lebih bernilai dan menarik di mata pembeli.

Custom GPT
📖

Playbook Forge

Buku panduan ringkas (PDF) langkah demi langkah. Kami tunjukkan A–Z cara nak guna Forge, cara nak siapkan GPT anda, dan strategi sebenar bagaimana nak mula menjualnya.

Playbook
🎓

Kelas Live — Build with AI: Digital Products

Kelas praktikal tentang cara menggunakan AI sepanjang proses merancang, membina dan memasarkan produk digital.

  • Cari dan perincikan idea produk Gunakan AI untuk mengenal pasti pelanggan, masalah yang ingin diselesaikan dan outcome yang sesuai untuk produk pertama.
  • Bina produk digital dengan AI Lihat bagaimana kepakaran, nota, SOP dan framework boleh disusun menjadi GPT, Gemini Gem, toolkit atau produk digital lain.
  • Pakejkan produk menjadi offer Gunakan AI untuk membantu membina nama produk, core promise, bonus, harga, guarantee dan penerangan offer.
  • Hasilkan landing page Gunakan AI untuk merangka headline, sales copy, struktur page, FAQ dan call-to-action berdasarkan produk anda.
  • Rancang content untuk launch Gunakan AI untuk menghasilkan content angles, idea posting, skrip video dan bahan promosi yang membawa audience ke landing page.
  • Fahami pembayaran dan penghantaran produk Lihat pilihan yang ada untuk menerima bayaran dan memberikan akses kepada pembeli—sama ada menggunakan platform sedia ada atau platform sendiri.

5 & 6 Ogos 2026, 9:00 malam. Kelas menggabungkan penerangan, contoh dan demonstrasi penggunaan AI. Rakaman kelas disertakan.

Kelas Live
Pengajar kelas

Belajar bersama Faiq Radzali.

Faiq Radzali, pengasas PandaiTech

Pengasas PandaiTech

Faiq ialah graduan Sains Komputer dari MMU Cyberjaya. Beliau bekerja sebagai seorang software engineer sejak tahun 2020 sebelum mula mengusahakan PandaiTech secara sepenuh masa pada tahun 2023.

Antara produk digital yang telah dibina dan dilancarkan

LimauLabs

Lebih 1,000 pelanggan berbayar di Malaysia dan Indonesia

PandaiTech+

Lebih 1,000 peserta berbayar di Malaysia

Desaverse

Lebih 100 pengguna, termasuk 84 pengguna berbayar, sejak dilancarkan pada Jun 2026

Faiq juga telah membina banyak produk lain yang tidak menjadi. Pengalaman daripada kejayaan dan kegagalan inilah yang membentuk ilmu serta proses yang akan dikongsikan dalam kelas ini.

Di PandaiTech, kami tidak percaya kepada jalan pintas atau formula cepat kaya. Kelas ini berkongsi proses sebenar untuk mencari idea, membina produk, memakejkan tawaran dan membawanya ke pasaran—supaya anda boleh bermula dengan ilmu yang betul dan asas yang lebih kukuh.

Nak dapatkan update terkini tentang produk digital AI?

Sertai channel Telegram PandaiTech untuk tips, panduan, dan info produk baharu.

Join 7000+ Subscriber Telegram
Soalan lazim

Soalan yang biasa ditanya.

Apa kos yang terlibat? Perlu ke langgan ChatGPT berbayar?

Untuk menggunakan Forge, anda boleh guna akaun ChatGPT percuma (free account). Namun, untuk menghasilkan Custom GPT anda sendiri nanti, anda perlu melanggan pelan ChatGPT Go dengan harga sekitar $5 USD sebulan.

Menariknya, selepas Custom GPT anda siap dibina, anda boleh unsubscribe. Custom GPT tersebut masih boleh diakses dan digunakan seperti biasa, cuma anda tidak boleh mengedit prompt atau arahannya lagi selepas itu.

Pilihan alternatif Jika anda tidak mahu mengeluarkan kos langsung, anda boleh guna hasil dari Forge untuk bina Gemini Gems (sebagai ganti kepada Custom GPT) menggunakan akaun Gemini percuma.

Adakah Forge akan ajar saya cara buat marketing dan cari pembeli?

Sejujurnya, tidak untuk buat masa ini. Forge fokus kepada membantu anda membina produk digital (Custom GPT) dengan pantas dan cara memakejkan produk tersebut dengan lebih menarik (melalui GPT Grand Slam Offer).

Kami tidak mengajar strategi pemasaran, cara buat iklan (ads), atau taktik mencari pembeli. Jika ada permintaan yang tinggi nanti, kami mungkin akan keluarkan panduan pemasaran secara berasingan.

Saya ‘buta IT’ dan tak tahu koding. Boleh ke?

Sangat boleh. Forge direka khas untuk orang biasa. Anda hanya perlukan kemahiran bersembang (chat) dan copy-paste. Tiada satu baris kod pun yang terlibat.

Adakah ini langganan bulanan?

Tidak. Forge adalah bayaran sekali sahaja (one-time payment) sebanyak RM49.

Adakah Forge menjamin saya akan terus buat duit?

Tidak. Ini bukan kelas “cepat kaya”, dan kami tidak menjanjikan anda akan terus menjana pendapatan minggu depan.

Kelas ini memberikan anda ilmu, proses, dan strategi yang digunakan oleh penjual produk digital profesional, termasuk prinsip yang membantu kami menjana lebih RM200,000 daripada dua produk digital. Tetapi hasil setiap orang berbeza dan tetap bergantung pada tindakan, usaha, eksperimen, serta konsistensi masing-masing.

Kami percaya ilmu yang betul, apabila digabungkan dengan kerja keras dan pelaksanaan yang berterusan, akan meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

Pilih Forge sahaja, atau belajar bersama dalam kelas.

Kedua-dua pilihan ialah bayaran sekali sahaja. Tiada langganan bulanan.

Forge sahaja

RM49

Bayaran sekali sahaja. Akses serta-merta.

  • Forge Custom GPT
  • Grand Slam Offer Builder
  • Playbook langkah demi langkah
Dapatkan Forge